Sejarah
Penubuhan Negeri Johor
Asal usul
perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata
Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah
datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal
pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau
“Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”.
Pembukaan
negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan oleh
Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta kerajaan
Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Johor. Pada waktu itu, Johor
telah meluaskan empayarnya sehingga ke Riau.
Sejarah Johor
moden bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda telah ditabalkan
menjadi sultan pada tahun 1866 seterusnya memegang gelaran “Seri Maharaja
Johor”. Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan Perlembagaan Johor seterusnya
membawa perubahan dalam pentadbiran negeri Johor yang lebih efisyen.
Perpindahan pusat pentadbiran kerajaan Johor di Teluk Belanga ke Tanjung Puteri
pada tahun 1841 memberi kesan yang positif kepada Johor terutamanya dari segi pembangunan.
Pembinaan bangunan kerajaan, balai polis, masjid, mahkamah dan istana besar
jelas membuktikan Sultan Abu Bakar berhak menerima gelaran sebagai “Bapa
Pembangunan Johor”.
Kini, Johor
yang disempadani oleh Melaka, Pahang dan Singapura merupakan salah sebuah
negeri yang pesat membangun dan maju di Malaysia.
Asal usul nama tempat di Johor
Wujudnya nama
sesuatu tempat bergantung kepada beberapa sebab. Adan yang berpunca daripada
kepercayaan atau cerita-cerita lisan (Kampung Batu Badak). Ada yang berasal
daripada alam semulajadi seperti keadaan sekitar (Kukup), haiwan (Rengit) atau
tumbuh-tumbuhan (Gunung Pulai) dan ada mengambil sempena nama tokoh-tokoh
tempatan (Tenang). Sesetengah nama tempat pula lahir daripada peristiwa yang
berlaku di tempat itu (Gelang Patah). Suatu hal yang menarik ialah perubahan
yang berlaku kepada sebutan nama sesuatu tempat itu. Ada kalanya ia merupakan
singkatan kata, pengubahan bunyi atau kepilatan sebutan.
Batu Pahat
Nama Batu
Pahat dikatakan dari peristiwa memahat batu untuk mendapat bekalan air tawar di
pantai Minyak Beku yang terletak di Kuala Sungai Batu, Batu Pahat. Kerja ini
dilakukan oleh angkatan tentera Siam (Orang-orang Muslim Pattani Siam ) di
bawah pimpinan Awi Dicu dalam abad ke-15 sewaktu hendak menyerang Melaka. Kesan
pahatan tersebut masih terdapat hingga sekarang. Kesan ini dikenali sebagai
Perigi Siam atau Perigi Batu Pahat. Pusat bandar bagi daerah Batu Pahat ialah
Bandar Penggaram. Nama Penggaram itu dikatakan berasal daripada ‘pangkal
jeram’, kerana terdapat jeram di sebuah sungai kecil yang mengalir dari bukit
belakang bandar tersebut.
Muar
Muar lahir
daripada perkataan ‘muara’ iaitu kuala sungai. Ini disebabkan oleh penempatan
awal di kawasan tersebut terletak di muara Sungai Muar. Sungai Muar terkenal
sejak zaman silam kerana sungainya yang lebar membolehkan para pelayar
berlindung di musim gelora. Pelarian Raja Iskandar Syah (Parameswara) dari
Singapura setelah dialahkan Majapahit pada awal abad ke-15 menggunakan sungai
ini. Demikian pula apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511,
raja dan para pembesar Melaka melarikan diri melalui Sungai Muar.
Versi lain
mengenai kewujudan nama tersebut ialah daripada perkataan ‘muak’ (jemu dan
‘mu-aru’ (Bahasa Tamil) bermaksud tiga sungai.
Bandar
Maharani yang menjadi pusat bandar utama daerah Muar mendapat nama sempena nama
Permaisuri Maharaja Abu Bakar pada 12 Ogos 1887. Oleh kerana pada masa itu
Sultan Abu Bakar masih memakai gelaran Maharaja, permaisuri baginda memakai
gelaran Maharani. Bandar itu dinamakan atas nama permaisuri yang megiringi
Baginda dalam upacara perasmian bandar itu, Maharani Fatimah.
Mersing
Mersing
mendapat nama daripada peristiwa penahanan buang daerah seorang pesuruh Sultan
Pahang berbangsa Sikh, kerana melakukan kesalahan yang berat. Penahanan ini
berlaku sewaktu Mersing belum ramai penduduk. Pekerja tersebut bernama Amer
Singh, dan namanya menjadi terkenal di kawasan tersebut hingga menyebabkan
tempat itu dikenali dengan nama Mersing.
Cerita lain
yang membawa munculnya nama Mersing ialah dari peristiwa seorang dara bernama
Mersing mencintai teruna perantau dari Pahang bernama Awang. Oleh kerana
Mersing diminati oleh anak penghulu, bapa Mersing memilih anak Penghulu bakal
menantunya.
Untuk
memisahkan di antara Mersing dengan Awang, timbullah fitnah. Tetapi Awang
berjaya membuktikan kesuciannya dengan menghapuskan fitnah tersebut. Akhirnya
bapa Mersing bersetuju menerima Awang menjadi suami anaknya. Namun Awang tetap
keras hati lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk di situ dalam
keadaan menyesal. Dari nama dari itu lahirnya nama Mersing dan didendangkan
kisahnya dalam lagu Seri Mersing.
Segamat
Nama Segamat
berasal dari ungkapan kata ‘segera amat’ atau ‘segar amat’. Kata-kata itu lahir
dari mulut Bendahara Tepok dalam pelariannya ke hulu Sungai Muar setelah Melaka
ditawan Portugis. Bendahara Tepok yang mengalami penyakit lumpuh terpaksa
diusung ke perahu. Ketika sampai ke Lubuk Batu, menurut beliau, segera amat
sampainya angkatan pengiring-pengiringnya ke tempat yang selamat, jauh dari
ancaman Portugis. Oleh kerana pada hari itu cuaca agak panas, Bendaraha Tepok
pun mandilah di situ. Kata Bendahara Tepok setelah mandi, “Segar amat rasa
badan ini” kata-kata Bendahara Tepok ini menjadi sebutan ramai pengikutnya
hingga kemudiannya menamakan petempatan yang mereka duduki dengan nama Segamat.
Pontian
Perkataan
Pontian dikatakan berasal dari kata ‘Perhentian’. Perhentian yang dimaksudkan
itu ialah Sungai Pontian Besar, tempat berteduh dari gelora Selat Melaka bagi
kebanyakan para pelayar yang hendak ke Singapura atau ke Melaka. Ada yang
menyebutnya sebagai tempat perhentian para lanun untuk menunggu mangsa yang
melintasi kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, kuala Sungai Pontian Besar
adalah tempat perhentian nelayan memunggah tangkapannya, sementara Pontian
Kecil menjadi Bandar utama bagi daerah Pontian.
Kota Tinggi
Kota Tinggi
mengambil nama daripada kota yang dibina di atas kawasan tinggi di tebing
Sungai Johor. Pembinaan kota tersebut untuk menangkis serangan Portugis yang
berusaha hendak melenyapkan kuasa Kesultanan Melayu yang telah dialahkannya di
Melaka pada tahun 1511.
Oleh Kerana
Sungai Johor adalah kawasan yang selamat untuk berteduh dari gelora Laut Cina
Selatan , ia telah menjadi tumpuan para pedagang sejak zaman silam lagi. Zaman
Ptolemy kawasan tersebut dikenali dengan nama Palanda. Banyak tinggalan lama
seperti manik dan permata dari zaman Han (SM200 - TM20) dan zaman Empayar Rom
pernah ditemui di Kota Tinggi.
Tangkak
Nama Tangkak
timbul daripada ‘tang merangkak’. ‘tang’ berasal dari perkataan tentang yakni
tempat. Peristiwa itu berlaku ketika peneroka kawasan Tangkak, Long Mahmud
tujuh bersaudara terpaksa merangkak naik ke tebing Sungai Tangkak menuju ke
Bukit Tambak di kawasan Seri Makmur. Tebing-tebing sungai di kawasan Tangkak
adalah lembut dan jerlus kerana paya ditumbuhi pokok-pokok resam, sendayan,
pakis dan rembia.
Kluang
Bandar Kluang
mengambil nama Keluang Kampung. Keluang sejenis kelawar besar pemakan buah. Ia
memakan bunga durian dan buah-buahan seperti rambutan, rambai dan lain-lain.
Penduduk kampung tersebut berjaya membunuh tupai yang datang ke dusun mereka,
tetapi gagal menakutkan keluang yang begitu banyak setiap petang datang ke
situ. Keluang yang banyak itu dikatakan datang dari sebuah bukit di belakang
kampung mereka (bukit yang dimaksudkan mungkin Gunung Lambak). Akhirnya seorang
pawang terpaksa mengadakan suatu upacara di bukit tersebut untuk memujuk
keluang-keluang itu agar tidak datang ke dusun penduduk kampung tersebut.
Fakta Menarik
Negeri Johor
Askar
Timbalan Setia
Johor adalah
negeri yang pertama memiliki pasukan tenteranya sendiri dan satu-satunya
pasukan tentera yang dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini
yang dinamakan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Askar Timbalan Setia adalah
satu pasukan tentera yang ditubuhkan semasa pemerintahan Sultan Sir Ibrahim
Iskandar Al-Masyhur ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar , Sultan Johor Darul
Takzim.
Antara mereka
yang telah berkhidmat dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor adalah:
o DYMM
Sultan Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor Sultan
Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail menerima latihan ketenteraan dalam pasukan
Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Baginda juga merupakan penyandang jawatan
Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
o Tun
Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia Ke-3 Tun Hussein Onn juga pernah
menyertai Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Selepas tamat sekolah pada tahun
1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor
sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun , India
dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Regiment
Hydrabad Ke 19 di India.
o Jeneral(B)
Ibrahim bin Ismail - bekas Panglima ATM Jeneral (B) Ibrahim Bin Ismail
pernah menyertai dan berkhidmat sebagai kadet dalam Askar Timbalan Setia Negeri
Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun,
India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai
Regiment Hydrabad Ke-19 di India.
o Ungku
Ahmad bin Abd Rahman Salah seorang daripada 3 orang yang dihantar pada
awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India
o Dato
Onn Jaafar
o Ungku
Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid,
bapa kepada YM. Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid
pernah menjadi seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri
Johor dan mencapai pangkat Mejar dalam tahun 1926.
Asal Usul
Jalur Gemilang
Rekabentuk
Jalur Gemilang/Bendera Malaysia sekarang adalah hasil ilham dari salah seorang
rakyat dan arkitek kerajaan Negeri Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.
Pemilihan
rekabentuk bendera tersebut bermula dari satu pertandingan bagi merekabentuk
bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan
peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan
disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru
bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.
Rekabentuk
pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh
11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama
tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris
bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan
bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.
Majlis
Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk
memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Keputusan pendapat
umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada 29
November 1949. Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk
ciptaan En. Mohamad bin Hamzah.
Penulis Asal Sejarah
Melayu
Penulis asal
Sejarah Melayu adalah Tun Sri Lanang yang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor
pada tahun 1565. Tun Seri Lanang ialah Bendahara Paduka Raja, Johor antara
tahun 1580 dan 1615 , serta penyunting Sejarah Melayu (buku, 1612) yang
merupakan moyang kepada Sultan Johor dan Sultan Terengganu.
Salasilah
kesultanan Terengganu yang terdapat dalam Sejarah Terengganu (buku) karya Haji
Buyong Adil terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1974 ada menyatakan bahawa Tun
Habib Abdul Majid (Bendahara Seri Maharaja, Johor - Marhum Padang Saujana -
Bendahara Johor 1688-1697) yang menjadi Bendahara Johor dari 1688 hingga 1697
adalah bapa kepada Sultan Zainal Abidin I (Sultan Terengganu Pertama) dan
kepada Sultan Abdul Jalil IV (Sultan Johor dari 1699 hingga 1719 ). Selanjutnya
dipaparkan bahawa Tun Habib Abdul Majid adalah anak kepada Tun Mat Ali
(Bendahara Paduka Maharaja, Johor), iaitu anak kepada Tun Seri Lanang
(Bendahara Paduka Raja, Johor 1580-1615).
Dalam
pengetahuan orang-orang Melayu , nama Tun Seri Lanang lebih dikenali sebagai
salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu yang setaraf
dengan Munshi Abdullah (Pengarang Hikayat Abdullah).
Penubuhan
UMNO
Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu/United Malay National Organisation ditubuhkan pada
tahun 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru, Johor. di bawah kepimpinan
Dato' Onn Jaafar. Detik bersejarah tersebut bermula dengan satu perhimpunan
besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah
diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu,
Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan
Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
Dato Onn bin
Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres.
Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil
kanak-kanak.
Tiga usul
telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:
o Menubuhkan
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
o Membantah
pertubuhan Malayan Union
o Mengadakan
Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.
Satu
jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang,
Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad
(Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO
untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
Walaupun ada
bantahan yang hebat daripada kaum Melayu , Kerajaan British tetap meneruskan
rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang
Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi
sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu
Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan
Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan
Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. Maka UMNO
pun lahirlah secara rasmi.
0 comments:
Post a Comment